Fruktosa punca utama gout
Hurmmmm...??
Menurut doktor, gout berlaku akibat tubuh gagal memproses protein. Makanan berprotin tinggi seperti ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh pengidap gout. Protin dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan menjadi air dan urea. Asid urik adalah berbentuk separa pejal. Kegagalan tubuh memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid separa pejal berkumpul pada celahan tulang dan akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout. Kristal batu gout ini boleh juga terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang .
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit apabila gout menyerang. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Fruktosa dan gout Bukan faktor pemakanan protin sahaja menjadi punca kepada masalah gout. Ini kerana ramai antara pengidap gout meskipun berpantang makan tetap juga mendapat serangan. Selain protin, pengambilan minuman beralkohol, minuman bergula tinggi dan makanan proses yang menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa tinggi (HFCS), adalah antara penyebab utama gout.
Pada tahun 1960-an sirap jagung mula diekstrak di Amerika. Ia di promosi sebagai gula yang lebih sihat dan lebih manis berbanding gula biasa. Tetapi saintis berjaya membuktikan bahawa sirap jagung adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit. Terdapat peningkatan ketara insiden penyakit gout ini sejak beberapa dekad lalu terutama di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sejak peningkatan penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan minuman bergula terutamanya sirap jagung berfruktosa tinggi.
- Fruktosa berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi gout. Fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi gout.
- Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada tenaga dan diproses sebagai urik asid.
- Selain itu ia juga mengganggu hormon dopamine dalam otak hingga menimbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa berlaku.
- Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini punca terjadinya sindrom metabolik dan menyumbang kepada kencing manis.
Pencegahan
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/fruktosa-punca-utama-gout-1.41730#sthash.1jTMNJ8N.dpuf
Prokas membantu mengurangkan kesakitan akibat GOUT, tetapi tidak menyembuhkan sepenuhnya..nak sembuh kena berpantang makan dan boleh ikut cara pencegahan seperti diatas..
Sapa nak cuba? Boleh cuba PROKAS dari duk menanggung sakit sampai tak boleh solat, tak boleh bergerak..Jangan susahkan orang lain untuk mengangkat anda ke hulu ke hilir kalo ada PROKAS boleh kurangkan sakit GOUT.
INGAT!
Sakit pun kena SOLAT ye.. jangan jadi alasan kena GOUT tak nak soat solat sebab sakit..
Kita ikhtiar sama-sama ya..
No comments:
Post a Comment